Wednesday, February 24, 2010

meet my harith

rindu kat harith
harith raya 2009

hasil kerja tangan  ayah harith maka terhasil la rambut macam tu

harith n nenek

of course mak ngah dgn harith

harith yang satu...


bulan mac ni harith cukup setahun...tak sabar rasanya nak bergaduh dengan harith

selalu tak tau tajuk

read someone blog..suddelny teringat kat blog aku dah lama tak berusik...
dah ada sarang labah-labah agaknya...
banyakbenda nak cerita..tapi selalu tak terluah dengan kata-kata

hari ni...kerja seperti biasa..sementara menunggu untuk cuti semula..
biasala...cikgu kan banyak cuti...
ada orang cakap kerja cikgu senang,
tapi kepada mereka yang berfikir sebegitu,
rasanya perlu rasa apa yang seorang cikgu rasa
sungguh..tidak semudah yang disangka

perkara yang selalu aku ingatkan diri aku.
"they r just a kids"
fikiran budak-budak takkan sama dengan fikiran orang dewasa
itu silap aku
selalu mengharapkan mereka berfikir sama seperti aku berfikir
yang penting
kita perlu ajar mereka cara berfikir
budak-budak akan sentiasa rasa apa yang cikgu cakap...itulah yang betul
sama je masa aku kecik-kecik dulu

hari ni buat ulang kaji untuk exam ejaan diorang next week
20 simpulan bahasa cukup buat aku frust tahap gaban
aku terfikir..macam mana agaknya diorang nak jawab dalam exam nanti?
39 simpulan bahasa dan maksud yang mereka perlu hafal
serius banyak untuk budak yang baru masuk umur 10 tahun
really hope thatthey can do da best
apatah lagi bila aku letak syarat,takde sorang pun boleh dapat selain daripada A
meaning...semua kene dapat A..
mau tak kecut perut diorang


minggu ni Siti kawan aku nikah
minggu depan turn Yana pulak
minggu lagi satu Aeda nikah Acik bertunang
ramai yang tolong memikirkan untuk aku pulak pastu
hahaha..terima kasih kerana tolong memikirkan bila aku punya turn pulak
korang dah fikir...korang dapat ke jawapan?
aku memang teramat faham
aku tau sampai masa..insyaAllah
seperti yang selalu aku ingat...setiap yang berlaku pasti ada hikmah
jangan sesekali kesal...sbb DIA mahukan yang terbaik untuk hambanya
cuma aku harap..korang tolong doakan ya..
amin...

hmm..time to sleep now..
dah nak pukul 2 pagi...
esok aku sekolah...keje sampai malam...confirm malam esok aku terlantar kepenatan...

Wednesday, January 6, 2010

rutin biasa

aku kembali dengan rutin harian setelah lama sangat bercuti.
semangat baru.pelajar baru.kelas baru.cara baru.
tapi malangnya setiap hari pertama aku,pasti ada perkara yang mentensionkan.

bangun lambat.hari pertama nak jumpa students.
waktu masuk dah tukar.dari 8.15 ke 7.45.setengah jam awal.
memang aku perlu biasakan diri.
memang ambil masa.
hari pertama.
sampai sekolah pukul 8.15.
huh..tensen.
jem.tak usah cakap.
sepanjang jalan.
aku lupa,aku mula kerja bemakna budak2 mula bersekolah.

apa agaknya akan terjadi tahun 2010 ni ek.
hmm...most of the time aku fikir pasal pelajar aku.
mana ada cikgu yang taknak murid dia berjaya.
tak kira bangsa dan agama.

tapi dalam masa yang sama aku fikir pasal diri aku jugak
mak asyik tanya bila dia boleh adakan kenduri lagi.
aku tak tau sampai bila aku boleh mengelak.
hmm..untuk mak,doakanlah anak mak ni ye.
angah tau mak risau.

azam baru?biarlah rahsia.
hanya aku dan marlia yang tau apa azam kitorang.
sebab azam kami sama.

new year.
harapnya akan memberi aku seribu satu kemanisan dan kegembiraan hidup.
harapnya akan memberi aku lebih baik.
harapnya memberi aku lebih pengalaman.

amin.

Thursday, December 24, 2009

adik bongsu

ini tempat luah perasaan.benar?

hari ni adik bongsu aku dapat keputusan PMR.
mulut kata, aku tak letak harapan yang tinggi.
tapi
hati aku kata.
aku terlalu mengharapkan dia dapat apa yang aku nak.

bila dia telefon.
bagitau keputusannya.aku hanya diam.
sungguh.aku kecewa.sangat.
ibaratkan aku keluarkan hati, letakkan atas lantai.
sakit sangat.

bukanlah langsung tiada A.
ada.tetap ada.
cuma tak seperti yang aku impikan.

pada dia aku letakkan harapan yang tinggi,
mungkin sebab dia yang akhir.
dan juga kesenangan yang diberi mengarapkan balasan yang setimpal.

aku tau.
yang sepatutnya.
aku tetap perlu mengucapkan tahniah.
dia telah cuba.

tapi.
mulut aku bisu.
lidah aku kelu.
yang aku ucapkan.
"angah kecewa.kecewa sangat"

dia dah cuba.
cuba yang terbaik untuk dirinya.
dia dapat apa yang dia buat.

aku harap dia berubah.
belajar lebih untuk SPMnya.

harapan seorang kakak.

Monday, December 21, 2009

pesanan seorang kawan

berbual dengan seorang kawan.
di akhir perbualan,pesannya
"awk selalu ingat ALLAH tau"

sumpah.tersentuh hati kecilku.
rasanya aku tak pernah terima pesanan begitu.
melainkan "jaga diri bebaik"

ya,manusia mudah lupa.
kadang-kadang bila dah senang,kita lupa siapa kita.
kadang-kadang saat bahagia,kita lupa pencipta kita.
kadang-kadang sedang bergembira,kita lupa tanggungjawab kita.

dan.kita akan ingat semuanya,saat kita susah.
bukan semua orang,tapi kebanyakannya begitu.

itulah kehidupan.

Friday, November 20, 2009

apa tajuknya?

sebetulnya banyak perkara yang ingin diceritakan
banyak ayat yang menjengah fikiran
tapi tidak mampu tangan menekan

sibuk
terlalu sibuk dengan kerja
kerna itu yang membahagiakan aku buat masa sekarang

cinta
aku dah tolak tepi
malas untuk berfikir
kalau ada,adalah
aku cuma mampu berdoa dan usaha

bukan itu yang ingin aku ceritakan hari ini

aku pendidik.seorang guru tanpa tauliah
hanya bersandarkan degree.
dan semakin pandai menyesuaikan diri.

persekolahan 2009 akhirnya berakhir.
pejam celik sudah masuk tahun kedua aku mengajar.
tak sangka,kerja yang dulu aku benci menjadi kerja yang paling aku sayang.

bukan mudah untuk mendidik,
apatah lagi tanpa pengalaman,
aku bermula dengan 0
cuma belajar dr pengalaman

ya betul kata orang
pengalaman banyak mengajar kita menjadi orang
hari ini,
ibu bapa yang datang beritahu,
"i'm proud of u teacher"
"anak saya suka cikgu"
"harap cikgu ajar anak saya lagi tahun depan"
apa lagi yang aku harapkan?
aku puas,

pesanan aku untuk setiap anak murid aku,
"jangan segan bertanya"
"jangan malu bercakap"
"jangan sesekali cakap diri tak pandai"
"jangan malu kalau salah yang penting belajar dari kesilapan"
selalu dipesan semakin lama diorang faham aku

aku bangga jadi pendidik
aku suka jadi pendidik

sekarang masa untuk merehatkan diri
sebelum langkah aku bermula untuk tahun yang baru
pelajar yang baru
suasana yang baru

Tuhan.
berkati aku.

Saturday, March 21, 2009

banjir..



13032009.
hari akhir sekolah untuk penggal pertama.
dari awal pagi,macam macam dugaan yang datang.
dan tak sangka dugaan yang besar untuk aku,penduduk ulu langat dan juga students kesayangan.

dari awal pagi hujan tak henti.
di sekolah.semua terlalu excited untuk bercuti.
cikgu dan anak murid sama gembira.
termasuklah aku.

tengahari dapat call dari ayu.menangis.
katanya umahnya dilanda banjir.
kesian dia.
aku konfem.utk kesekian kalinya.air dam dilepaskan.
banjir pasti akan berlaku secara berperingkat.
kami penduduk ulu langat dah masak dengan keadaan ni.

banjir dengan kami dah sinonim.
26 tahun.aku dah lali.
tapi aku tak penah lagi jd mangsa banjir.

lewat petang.masa untuk kami pulang.
tinggal 15 minit.
semua cikgu dapat memo.
kami disuruh masuk ke kelas masing masing.
banjir berlaku di sungai serai.kesian.

kami tunggu di sekolah bersama murid.
jam 6,aku pulang bersama kak hasni.
keadaan jalan memang sangat teruk.
kesian mereka.

abg pulang bawa berita.
rumak makcik aku juga kena.
rumah sepupu aku juga kena.
ramai kenalan aku yang jadi mangsa banjir.
kesian mereka.

sehari kemudian.baru aku dpt berita.
paling akhir budak pulang dari skeolah jam 10 malam.
kesian.macam mana la anak anak aku agaknya?
aku pula yang pulang awal dr mereka.

seperti tajuk berita dia TV3.

BANJIR TERBURUK DI HULU LANGAT SELEPAS 15 TAHUN.