Saturday, March 21, 2009

banjir..



13032009.
hari akhir sekolah untuk penggal pertama.
dari awal pagi,macam macam dugaan yang datang.
dan tak sangka dugaan yang besar untuk aku,penduduk ulu langat dan juga students kesayangan.

dari awal pagi hujan tak henti.
di sekolah.semua terlalu excited untuk bercuti.
cikgu dan anak murid sama gembira.
termasuklah aku.

tengahari dapat call dari ayu.menangis.
katanya umahnya dilanda banjir.
kesian dia.
aku konfem.utk kesekian kalinya.air dam dilepaskan.
banjir pasti akan berlaku secara berperingkat.
kami penduduk ulu langat dah masak dengan keadaan ni.

banjir dengan kami dah sinonim.
26 tahun.aku dah lali.
tapi aku tak penah lagi jd mangsa banjir.

lewat petang.masa untuk kami pulang.
tinggal 15 minit.
semua cikgu dapat memo.
kami disuruh masuk ke kelas masing masing.
banjir berlaku di sungai serai.kesian.

kami tunggu di sekolah bersama murid.
jam 6,aku pulang bersama kak hasni.
keadaan jalan memang sangat teruk.
kesian mereka.

abg pulang bawa berita.
rumak makcik aku juga kena.
rumah sepupu aku juga kena.
ramai kenalan aku yang jadi mangsa banjir.
kesian mereka.

sehari kemudian.baru aku dpt berita.
paling akhir budak pulang dari skeolah jam 10 malam.
kesian.macam mana la anak anak aku agaknya?
aku pula yang pulang awal dr mereka.

seperti tajuk berita dia TV3.

BANJIR TERBURUK DI HULU LANGAT SELEPAS 15 TAHUN.






Thursday, March 19, 2009

tak mungkin kerana sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

i luv dis song.
it remind me of sumone.
kadang kadang aku sangat teringat dia.
kadang kadang aku sangat rindu dia.
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan.


ye..
itu cuma perasaan.
aku benci rasa mengharap yang masih ada.
aku benci rasa sayang yang masih bersisa.
aku benci rasa rindu yang tidak pudar.

tapi aku tak mampu benci sesiapa.
hidup aku bukan untuk membenci.

*senyum kelat*




Sunday, March 8, 2009

tamat..

tamat sebuah perhubungan.
tiada lagi tanda tanya.

lega bercampur sedih.
tawa bercampur tangis.

dalam bilik air.
aku terduduk.
aku terdiam.
tiada bunyi air.

kadang kadang terfikir.
apakah tiada bahagia untuk aku.

aku perlu seseorang untuk mendengar.
aku perlu seseorang untuk bercerita.
tapi tiada.
yang ada cuma aku dan DIA.

dia telah memutuskan.
aku hanya menerima.
tak pandai merayu.
aku dengar.
aku diam.
aku terima.

akhirnya.
aku sendirian.
memikirkan kehidupan.
memikirkan masa depan.

titik.noktah.full stop.
tamat lah sebuah cerita.
08032009

Thursday, March 5, 2009

kalau kita bisa..

jiwa aku gundah.
hati aku parah.
fikiran aku pusing.
kepala aku pening.

kalau bisa melepaskan semua...
kalau bisa kita menentukan...

aku ingin lari...
aku ingin terbang...
aku ingin hilang...

kenapa aku dijadikan pilihan..
kenapa bukan aku yang dipilih..

pada org aku mungkin kuat..
tapi percayalah..aku cuba untuk kuat..
jiwa aku lemah..hati aku pedih..

kalau masalah boleh dicampakkan...
aku ingin campak masalah ke tengah lautan..
biar semua hilang dari fikiran..

kalau tidur boleh menghilangkan masalah..
aku ingin tidur untuk panjang..
biar aku hidup dalam aman..

tapi aku tetap aku..
hidup di bumi yang nyata..
perlu kuat..
perlu tabah..
perlu tenang..

aku harap...