Saturday, May 29, 2010

dis is me

Munajat Cinta

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Saturday, May 22, 2010

aktiviti hari ini

huh...ape aku buat arini...bangun pagi tadi je dah lambat...
tgk jam kul 9...ooo shit....segera aku bergegeas ke  bilik air
ada tuisyen arini kul 10

pas siap, makanbfast.ayah beli roti canai.air teh pun ayah dah siapkan.
ape punye anak la aku ni.
mak takde, g vietnam.malam nnti balik.
tak sbr tggu mak balik.

right after tuisyen kul 12, seperti yang dijanjikan ngan abg, aku g servis kete.
dekat  je.sbb abang nak pakai kete.nak g bercuti ngan anak bini.
tukar kete jap ngan aku.
abis servis, g lak cuci kete.
kete dah mcm tong sampah.
punya lah takde mase. time tu la amik kesempatan nak letak rain-x.
kalau tak mampus tak buat.bukan taknak, tak sempat.
haha...wah...bz nye la aku kan.
padehhal keje cikgu je...bak kate org..."la cikgu je ke, nape bz sgt"
ade kene mengena ngan kau ke kalau aku bz...ke nak bg aku duit???

balik rumah dah kul 2..sampai umah, ape lagi...dekat kul 3, carik bantal
makan belakang kire
bebangun je dah kul 4.30...
n again..shit...dah agak lewat untuk tuisyen yang kedua arini
aku buat home tuition..so kene la jaga reputasi...
tgh aku nak bersiap, ambo dtg...ape agaknye mimpi dia.
aku salam dan teruskan bersiap
pastu terus gerak..
perghhh..lapar gile...tu la pasal, tdo je...kan dah lapar..
on da way singgah shell beli biskut je..

sebelum kuar td, ayah bagitau ada kad jemputan kawin utk aku
kawin lagi...abis sume kawan aku dah kawin
aku?mari kita buat teka teki..

ni baru sampai umah...terus ngadap laptop...sebenarnya nak beli topup dr maybank2u
dah alang2, bukak la blog ni sekali
ayah dah g jemput mak kat airport...huh tak sbr tgu mak
nnti diorang berdua g indon pulak
best betull...aku gak yang tinggal...
yang penting mak ayah aku hepi kire cukup la tu

esok pulak g kenduri kawin dana.
ingat nak g ngan kak ani
tgh tunggu msg dia ni
kalau lambat balik, aku kene naik kete sendiri la nnmpknye
sbb, ada tuisyen...haha...
tuisyen, tuisyen, tuisyen
free  dr tuisyen ari kamis ngan ahad je
lain ari suma ada
cume esok extra sikit...sbb mak dia cakap anak dia nak exam...
ada 3 rumah aku amik tuisyen...sbb tu jadual mcm pack dah rase..
wat eva...
badan dah melekit ni..nak mandi...huh

Tuesday, May 18, 2010

atuk

16 mei 2010. hari guru  untuk aku. hari tu juga la satu2nya atuk yang aku ada pergi mengadap Illahi. atuk ialah ayah kepada ayah aku. mengikut kata ambo, atok meninggal tepat jam 11 malam. masa tu aku baru sudah gosok baju untuk pergi kerja esoknya. atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja ambo sudah baca ayat terakhir surah yasin. ajal atuk dah sampai. atuk meninggal atas sebab sakit tua. innalillah.

selama 27 tahun aku hidup, seingat aku, aku tak pernah ada  memori terindah bersama atuk. tak macam nenek. setiap kali teringat nenek, aku sebak. arwah atuk tak pernah ingat nama aku. setiap kali aku salam atuk, mesti atuk tanya "wak ang anak sapo?"..setiap kali tu jugak aku jawab "anak Umar". tapi atuk ingat abang. sbb abang anak sulung. aku tak penah bagitau atuk sapa nama aku. sbb aku tau atuk takkan ingat.

tapi sekarang atuk dah takde. perginya dia menandakan yang kitorang adik beradik dah takde atuk dan nenek lagi. semua dah pergi mengadap Illahi. semoga roh atuks dan neneks aku dicucuri rahmat.

arwah atuk pergi dengan wajah yang sangat tenang setelah 3 bulan dia terlantar sakit atas katil. last masa aku cium dia, rasa dahi dia sejuk sgt. muka dia seolah olah dia tido. ayah bersama2 dengan arwah atuk dr mula sampai akhir. wajah ayah tenang. masa arwah nenek pergi dulu, adik2 aku ckp muka ayah memang nampak sgt kehilangan. aku tau ayah dengan atuk ada bnyk kisah.

aku haraap arwah atuk tenang di alam yag baru. sebagai cucu, aku tetap sayangkan atuk aku. cuma aku lebih sayangkan nenek aku.

selamat hari guru

16 mei 2010. tahun ketiga aku sambut hari guru. terima kasih kepada kengkawan dan anak murid yang wish aku. bnyk kenangan jadi guru. sini jiwa aku. walaupun penat, tapi masih tetap puas hati. mungkin aku suka mengajar. biar teruk mana pun, ada ketikanya memang hilang sabar. tapi itu yang mematang kan.

ada beberapa cikgu aku yang aku masih ingat namanya. tapi banyaknya dah lupa pun. terutamanya sekolah menengah. kita biasanya akan ingat bila cikgu tu bg kesan pada kita. contohnya cikgu bm aku masa form 4 ngan form 5. cikgu azmah. masa belajar dengan dia selama 2 tahun, aku tak pernah dapat A. sampai aku nak marah dekat dia. sbb sampai satu tahap aku rasa aku layak dapat A. tapi dia kedekut. disebabkan kedekut dia dan azam aku nak dapat A, aku buat bebetul masa exam. tapi hampeh. B jugak. tapi memang aku rasa ada improvement. sbb dia jugak aku jadi minat gila belajar BM. walaupun memula aku rasa Bm tu kacang gile. bila dapat dekat dia aku rasa BM susah. bnyk benda aku kene belajar. tapi masa exam SPM memang aku puas hati. time kasih kat cikgu Azmah.

lagi satu cikgu geografi aku masa aku form 3. ciktu ajar kat asrama. memula aku benci tahap gaban kat geografi. bnyk benda nak kene ingat. tapi style dia, hehari bg latihan. cari jawapan dalam buku. lelama aku rasa suka sangat kat geog. selalu sgt wat latihan, aku leh jd ingat banyak benda. at last geografi aku masa PMR pun dapat A. tapi serius aku tak ingat apa nama cikgu tu.

cikgu yang lain masa sek menegah aku tak ingat. sbb aku tak berapa suka. ajar setakat ajar. masa kimia ngan fizik aku tidur dalam lab. walaupun cikgu tu garang. tapi aku tak peduli. sbb aku tak penah paham apa diorang ajar. math masa form 5 aku belajar guna buku. aku tak faham apa cikgu ajar dlm kelas. aku tak faham cemane dia boleh ajar sedangkan takde sorang pun yang peduuli apa dia ajar.

bila aku jd cikgu ni, baru aku faham. nak ajar budak kita kena tarik perhatian budak. jangan terlalu serius. budak cepat mengantuk. mcm aku dulu. boring je aku tidur dlm kelas. drpd buat bising baik tidur. kalau budak boring, aku pun jd boring nak mengajar. tu yg jadi asik sesi soal jawab je tu. sampai budak pun main tutup2 muka.

aku penah dgr dalam hot fm, ada sorang pemanggil tu, cakap apa yang penat sgt jd cikgu. dia tgk sekolah cuti cikgu cuti. balik awal. banyak rehat kalau tengah takde kelas. tapi aku nak tekankan, cikgu memang layak dapat cuti panjang tu. jadi lah cikgu dulu, baru korang rasa apa yang cikgu rasa. sbenarnya time cuti pun cikgu kene g sekolah. cuma yang korang tgk tu, mungkin cikgu yag amik keje sambil lewa. hari2 pk pasal budak. cemana nak wat budak jd pandai. hehari bawak buku balik nak mark. kat sekolah tak sempat nak mark buku. sebab kat sekolah banyak lagi keje lain yang kene settle. aku penah keje ofis, travel agency yng sibuk tapi aku tak pernah sepenat keje cikgu. nak jd cikgu, mental kene kuat.

apapun utk cikgu cikgu di malaysia ni, selamat hari guru.