Tuesday, May 18, 2010

selamat hari guru

16 mei 2010. tahun ketiga aku sambut hari guru. terima kasih kepada kengkawan dan anak murid yang wish aku. bnyk kenangan jadi guru. sini jiwa aku. walaupun penat, tapi masih tetap puas hati. mungkin aku suka mengajar. biar teruk mana pun, ada ketikanya memang hilang sabar. tapi itu yang mematang kan.

ada beberapa cikgu aku yang aku masih ingat namanya. tapi banyaknya dah lupa pun. terutamanya sekolah menengah. kita biasanya akan ingat bila cikgu tu bg kesan pada kita. contohnya cikgu bm aku masa form 4 ngan form 5. cikgu azmah. masa belajar dengan dia selama 2 tahun, aku tak pernah dapat A. sampai aku nak marah dekat dia. sbb sampai satu tahap aku rasa aku layak dapat A. tapi dia kedekut. disebabkan kedekut dia dan azam aku nak dapat A, aku buat bebetul masa exam. tapi hampeh. B jugak. tapi memang aku rasa ada improvement. sbb dia jugak aku jadi minat gila belajar BM. walaupun memula aku rasa Bm tu kacang gile. bila dapat dekat dia aku rasa BM susah. bnyk benda aku kene belajar. tapi masa exam SPM memang aku puas hati. time kasih kat cikgu Azmah.

lagi satu cikgu geografi aku masa aku form 3. ciktu ajar kat asrama. memula aku benci tahap gaban kat geografi. bnyk benda nak kene ingat. tapi style dia, hehari bg latihan. cari jawapan dalam buku. lelama aku rasa suka sangat kat geog. selalu sgt wat latihan, aku leh jd ingat banyak benda. at last geografi aku masa PMR pun dapat A. tapi serius aku tak ingat apa nama cikgu tu.

cikgu yang lain masa sek menegah aku tak ingat. sbb aku tak berapa suka. ajar setakat ajar. masa kimia ngan fizik aku tidur dalam lab. walaupun cikgu tu garang. tapi aku tak peduli. sbb aku tak penah paham apa diorang ajar. math masa form 5 aku belajar guna buku. aku tak faham apa cikgu ajar dlm kelas. aku tak faham cemane dia boleh ajar sedangkan takde sorang pun yang peduuli apa dia ajar.

bila aku jd cikgu ni, baru aku faham. nak ajar budak kita kena tarik perhatian budak. jangan terlalu serius. budak cepat mengantuk. mcm aku dulu. boring je aku tidur dlm kelas. drpd buat bising baik tidur. kalau budak boring, aku pun jd boring nak mengajar. tu yg jadi asik sesi soal jawab je tu. sampai budak pun main tutup2 muka.

aku penah dgr dalam hot fm, ada sorang pemanggil tu, cakap apa yang penat sgt jd cikgu. dia tgk sekolah cuti cikgu cuti. balik awal. banyak rehat kalau tengah takde kelas. tapi aku nak tekankan, cikgu memang layak dapat cuti panjang tu. jadi lah cikgu dulu, baru korang rasa apa yang cikgu rasa. sbenarnya time cuti pun cikgu kene g sekolah. cuma yang korang tgk tu, mungkin cikgu yag amik keje sambil lewa. hari2 pk pasal budak. cemana nak wat budak jd pandai. hehari bawak buku balik nak mark. kat sekolah tak sempat nak mark buku. sebab kat sekolah banyak lagi keje lain yang kene settle. aku penah keje ofis, travel agency yng sibuk tapi aku tak pernah sepenat keje cikgu. nak jd cikgu, mental kene kuat.

apapun utk cikgu cikgu di malaysia ni, selamat hari guru.

No comments: