Thursday, February 26, 2009

13 tahun yang dulu

tahun 2009.
aku 26 tahun.
teringat 13 tahun yang dulu.
berumur 13 tahun.
baru ingin kenal alam menengah.

seronok masa dulu.
bila imbas kembali.rasa ingin pulang ke zaman itu.
tak banyak masalah yang hendak difikirkan.
paling besar masalah.exam.
tapi dulu.aku dah mengerti apa itu susah.
kerana keluarga aku bukan dari kalangan yang senang.
pengalaman mematang kan kita.

tingkatan 1 hingga 5.sekolah yang sama.
dulu sekolah. sekarang pun sekolah.
cuma yang beza.
dulu aku murid.sekarang aku cikgu.

bila dah jadi cikgu.aku mula faham cikgu aku dulu.
aku marah bila student tidur dalam kelas.
aku dulu.
masuk kelas.tidur.
rehat bangun.
tidur balik.sampai loceng tamat sekolah.
tapi bukan semua subjek.
math.tdo.sbb kalau cikgu tanya soalan tiba2 pun.sure dapat jawab.
cikgu tak tau nak marah macam mana.
akaun.tdo.sbb masa tu aku A1 dalam akaun.kalah budak cina.
fizik.tdo.bukan sbb terer.tp aku benci fizik.
kimia.tdo.aku benci kimia.
add math.mata aku bukak jelas.sbb cekgu garang gila.

skrg.budak tdo.aku sergah.
pukul meja.marah.
padan muka aku sekarang.baru tau macam mana cikgu aku dulu.

tapi satu benda.
apa yang cikgu aku buat dulu.
aku praktikkan sekarang.memang jadi.
kalau budak tak boleh handle dengan marah.
cuba cara baik.puji.puji dan puji.
kalau tak boleh jugak.
anta je jumpa guru besar.huhu.

Wednesday, February 25, 2009

cerita pasal student..

sebaik pulang dari kerja.
mandikan afiq.
dia keluar main aku terus duduk mengadap komputer.
seperti biasa.layari Internet.

teringat apa yang terjadi di skeolah tadi.
sedang mengajar Pendidikan Moral.topik hemah tinggi.
ada termasuk topik batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
sedang berbincang.tiba-tiba satu student bersuara.

"teacher,yesterday rite, i saw 1 boy kiss 1 girl.but da girl did nothing"

aku tersentap.dalam hati."wat da hell".
mahu atau tidak.perlu bagi jawapan.

jawapan aku,
"perbuatan tu tak baik.kamu jangan buat.malu kat orang nanti."
huh.betul ke jawapan aku?.lantak la.

perbincangan latihan diteruskan.
ingatkan topik "kissing" dah settle.rupanya tak.
sedang aku tulid jawapan di white board.
tiba2.

"teacher, he said bad words to me"
balas kawan.
"he said to me 1st"
aku buat tak tau.tetiba salah seorang pergi kat seorang lagi bawa pembaris.
gamat kelas.
jawab dia.
" i told teacher but teacher did nothing"
huh.berapi telinga.
blood goes upstairs jadinya.

cara settle.
panggil dua dua datang depan.explain.
tak settle jugak.huh.terus bergaduh.
dah lah cakap aku buat tak tau.

nak sangat aku amik action.
ape aku buat?
nama dua2 aku bagi pada principal.
masa rehat,aku tengok dua2 takda.
konfem.dah kene panggil.
sedang aku tanda buku.
dua2 budak tadi muncul.seorang menangis.
datang minta maaf dengan aku.
adus.sian pulak tengok budak nangis.
tersentuh hati.
aku cuma pesan,
"dun do it again next time ok"
balas mereka "ok teacher.thank you."
selesai cerita.

layan kerenah budak.
percaya atau tak.akan ilang tension.
tapi kadang2.tak tau macam mana nak layan.
kadang2 dah asik selalu marah.
aku tak tau macam mana nak marah.

tapi.apapun.
aku sayang students aku.

Tuesday, February 24, 2009

kalau...

kalaulah kita boleh buat apa yang kita suka...
kalaulah kita boleh dapat apa yang kita nak...
kalaulah yang kita rancang jadi kenyataan...
bahagianya hidup...

tapi..
semua pun tau...
selagi berpegang pada ketentuanNYA...
kita tahu hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat kita..

seorang teman berpesan..msg diterima masa hati sedang gundah satu tika dulu...

"dalam kita melangkah,kadang2 diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga terduduk dan menangis.peritnya terasa.tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah langkah yang tersasar dari keikhlasan"

tersentak.
tersedar.
mungkin benar.
aku yang sering hampir melupakanNYA ketika diri dalam bahagia.
lupa segalanya yang DIA adalah penentu.

kasih,sayang & cinta..

kasih.
sayang.
cinta.

3 perkara yang memberikan maksud yang hampir sama kalau ikut kamus.
lain orang akan memberikan tafsiran yang berbeza.

aku?
kasih.mudah diungkapkan.
sayang.mudah untuk diluahkan.
cinta.nilainya terlalu tinggi.

cinta.
pernah sekali diluahkan pada seseorang.
dalam keadaan yang tidak merelakan.
selepas tu.tak pernah lagi.

cinta.mahal.bernilai.
bukan untuk diberikan kepada sebarang orang.
melainkan kepada si suami.

Saturday, February 14, 2009

14 feb 2009

buhsan.
helmi tunang.
tiah kahwin.
seperti biasa kami berlima kalau tanpa halangan pasti hadir.

berlima.
helmi.baru tunang tadi.
izul.single.
yana.tunang.
ayu.tunang.
aku.wil update later.

pandang pada wajah suami tiah.remind me of nicque.
wajahnya iras nicque.

pergi rumah helmi dulu.
pergi pulak kenduri tiah.
kemudian, anta pulak helmi tunang.
huh.

last kami jumpa tahun lepas.
lama dah tak jumpa.
konon,masing masing sibuk.
tapi bila berlima dah berkumpul.
jadi gamat.
kalau bercakap,org ingat kami gaduh.
tak penah aman.satu kepala semua.
best.

kami kawan sejak sekolah rendah.
berpisah lepas tu.
kalau jumpa takat hai.

bila handle reunion sekolah rendah.07072007.
kami jadi rapat.
sekarang kekal rapat.
kami kenal parents masingmasing.

semoga persahabatan ini akan terus kekal sampai bila bila.
amin.

Monday, February 2, 2009

teman hari hari...

dia sangat comel bukan..dia peneman hari hari

dia bukan anak.
dia bukan anak buah.
dia juga bukan sepupu.
dia cuma anak jiran yang dijaga emak.
tapi saya sayang dia...sangat.
walau dia punya kekurangan.

mintanya mahu makan sendiri...bagi kan aje..

dia peneman hari hari.
tiap kali pulang dari kerja, pasti dia yang akan dicari dulu oleh "kami"
"kami" ----> saye, alang, ayah, adik,abang mahupun achik.
cerdik..pintar..boleh diajak bercerita...pandai ambil hati..

afiq, meh angah suap...jawabnya...nak makan ciyi(sendiri)

sayang sangat pada dia.
walau nakal mana pun dia, tak mampu buat saye marah.
kalau sedang tension, cari dia, tension terus hilang.
dia budak yang berdikari.
mahu pakai baju sendiri.
makan sendiri.
mandi sendiri.
smua mahu dibuat sendiri.
kalau lama tak jumpa, pasti kami rindu.

dia tahu kami sayang dia.
sebab tu dia manja.
kalau orang lihat, pasti ingat dia juga keluarga kandung kami.

saya sayang dia...sangat!!!

Sunday, February 1, 2009

member lama..

kami gembira

31012009..best ari ni.jumpa roomates masa matrik.gembira.sangat bila dah jumpa, macam macam cerita keluar.semua bawak cerita masing masing.dan yang pasti lagi sure.kami belum kahwin lagi.bila?ntah kami..eila,pnut,atia,aisyah,anne dan diksu.yang tak hadir..meknor,zila..mek ni(tak dapat dijejaki)

tia, anne n dik su

jangan pandang belakang

gambar ni pnut takde.dia dah balik.

tq to tia sbb dia yang ajak sume jumpa.kalau tak...ntah bila..apa yang dapat dipastikan..walaupun penampilan berbeza,perangai masih lagi sama.kepala masih lagi boleh dilayan.sangat kecoh.