Wednesday, February 24, 2010

meet my harith

rindu kat harith
harith raya 2009

hasil kerja tangan  ayah harith maka terhasil la rambut macam tu

harith n nenek

of course mak ngah dgn harith

harith yang satu...


bulan mac ni harith cukup setahun...tak sabar rasanya nak bergaduh dengan harith

selalu tak tau tajuk

read someone blog..suddelny teringat kat blog aku dah lama tak berusik...
dah ada sarang labah-labah agaknya...
banyakbenda nak cerita..tapi selalu tak terluah dengan kata-kata

hari ni...kerja seperti biasa..sementara menunggu untuk cuti semula..
biasala...cikgu kan banyak cuti...
ada orang cakap kerja cikgu senang,
tapi kepada mereka yang berfikir sebegitu,
rasanya perlu rasa apa yang seorang cikgu rasa
sungguh..tidak semudah yang disangka

perkara yang selalu aku ingatkan diri aku.
"they r just a kids"
fikiran budak-budak takkan sama dengan fikiran orang dewasa
itu silap aku
selalu mengharapkan mereka berfikir sama seperti aku berfikir
yang penting
kita perlu ajar mereka cara berfikir
budak-budak akan sentiasa rasa apa yang cikgu cakap...itulah yang betul
sama je masa aku kecik-kecik dulu

hari ni buat ulang kaji untuk exam ejaan diorang next week
20 simpulan bahasa cukup buat aku frust tahap gaban
aku terfikir..macam mana agaknya diorang nak jawab dalam exam nanti?
39 simpulan bahasa dan maksud yang mereka perlu hafal
serius banyak untuk budak yang baru masuk umur 10 tahun
really hope thatthey can do da best
apatah lagi bila aku letak syarat,takde sorang pun boleh dapat selain daripada A
meaning...semua kene dapat A..
mau tak kecut perut diorang


minggu ni Siti kawan aku nikah
minggu depan turn Yana pulak
minggu lagi satu Aeda nikah Acik bertunang
ramai yang tolong memikirkan untuk aku pulak pastu
hahaha..terima kasih kerana tolong memikirkan bila aku punya turn pulak
korang dah fikir...korang dapat ke jawapan?
aku memang teramat faham
aku tau sampai masa..insyaAllah
seperti yang selalu aku ingat...setiap yang berlaku pasti ada hikmah
jangan sesekali kesal...sbb DIA mahukan yang terbaik untuk hambanya
cuma aku harap..korang tolong doakan ya..
amin...

hmm..time to sleep now..
dah nak pukul 2 pagi...
esok aku sekolah...keje sampai malam...confirm malam esok aku terlantar kepenatan...