Wednesday, January 28, 2009

israel VS palestine



walau di mana pun sekarang
ape pun yang dilakukan.
apa jua perbezaan masa.
seluruh dunia bercerita tentang perkara yang sama

ISRAEL dan PALESTINE

semua orang marah pada israel

semua orang akan kesian pada palestine.
begitu juga aku.

apa salah budak budak kecil yang tak tahu apa apa.
ketika kita seronok menyambut tahun baru dengan percikan bunga api.
palestine juga tidak terlepas.
tpi bukan percikan yang akan melahirkan keseronokan.
yang ada cuma percikan yang menghasilkan kesakitan...kecederaan
kesian mereka...

sedang semua orang bersedih dengan apa yang berlaku..
aku terfikir..apa yang aku lakukan???
nak derma...belum pun dilakukan...
doa..kengkadang teringat..
jahat aku...kesian mereka



kita sepatutnya bersyukur dengan keadaan kita...
bersyukur kerana kita tinggal di negara yang bebas dr peperangan
tapi bila diperhatikan...kenapa malaysia sekarang begini?
kalian sedar?
permainan politik...tak akan habis
aku benci dunia politik...

mana hala tuju kita?
apa perlu kita jadi seperti palestine bari kita akan bersyukur?

masa tu...semuanya sudah terlambat..

"gembira"

gembira itu milik siapa?
aku gembira melihat mereka gembira
aku gembira melihat ayah gembira
aku gembira melihat ibu gembira
gembira aku?

yang pasti tetap ada seseorang yang tahu akan gundah gelana aku
tahu suka duka aku
tahu segalanya tentang aku

satu tika dulu
segala rasa ku kongsi bersama teman yang bergelar sahabat
semakin usia menginjak dewasa
selesa ku lebih kepada
simpan sendiri
rasa sendiri
tidak lagi berkongsi

ibu
memahami tanpa perlu kuluahkan rasa
mengerti hanya dengan merenung mata
tahu wujudnya kesunyian
tahu wujudnya kesedihan
tahu wujudnya kegusaran

ibu
menangis tatkala cintaku tidak kesampaian...putus di tengah jalan
bersedih tatkala cintaku bertepuk sebelah tangan

tuhan
kurniakan ibu kebahagiaan
berikan ibu kesenangan
hadiahkan ibu kesihatan

saya cinta ibu saya...

Thursday, January 1, 2009

cekgu itu aku...

cikgu.sungguh tidak pernah menjadi cita cita aku.dari dulu.kalau ada pun mungkin semasa bersekolah rendah.itu pun ikut kawan kawan.kerana tiada cita cita yang tepat pada masa itu.

kalau ditanya sekarang kenapa cikgu yang aku pilih.biasanya 2 jawapan yang aku beri.ibu dan abang.jawapan yang ke-3 tak pernah aku kabar kan.aku jadi cikgu sebab dia.yang menginginkan teman dari kalangan cikgu.tapi itu dulu.sekarang apa aku peduli.dia tidak wujud lagi dalam hati aku.kalau ada cuma kenangan.yang kalau boleh ingin segera dihapuskan.

ibu.sudah lama kepinginkan aku menjadi pendidik.

abang.pada ketika itu akan melangsungkan perkahwinan.di mana menuntut aku untuk bercuti panjang.dengan pekerjaan aku pada waktu itu, tidak perlu 3 hari, satu hari cuti pun, belum tentu dapat.dengan nekad, aku cuba mencari pekerjaan.masa itu baru terlintas, kalau dapat, biarlah cikgu.banyak cuti.abang pun dikahwinkan ketika cuti sekolah.

kebetulan teman beritahu ada kekosongan di tempat kerja nya.sekolah.aku mencuba nasib.hantar resume.selang tidak berapa hari, dipanggil untuk ditemuduga. dia bertanya "kenapa mahu jadi cikgu" jawabku "sebab minat".sumpah.aku tipu masa itu.jawapan itu untuk aku mendapat pekerjaan. dia tanya lagi.."yakin?"...balasku.."beri saya peluang, saya tahu saya mampu buat".haha.jawab dengan penuh yakin hingga meyakinkan dia untuk menerima aku.walhal sebenarnya.dalam hati.tidak ada rasa yakin yang wujud.yang cuma ada "silap ajar jadi hantu la anak murid aku nanti".aku diterima pada tika itu juga.alhamdulillah

ku khabarkan pada ibu.ibu gembira.aku?.gembira juga.bukan kerana dapat jadi cikgu.tapi kerana tempat kerja baru ku cuma tak sampai 15 minit dari rumah.*senyum*.

di situlah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang cikgu.bukan senang.tapi tidaklah susah juga.kalau pandai kawal.semua jadi bisa.

*dipendekkan cerita.kalau dipanjangkan.esok pun belum tentu habis.*

setelah hampir setahun.aku suka pekerjaan aku.aku suka aku sebagai cikgu.bukan kerana banyaknya cuti...(sepertimana orang selalu kata)...tapi kerana pekerjaan itu sendiri.tanya lah sesiapa saja yang bergelar cikgu.yang meletakkan hati mereka pada pekerjaan mereka.

sesungguhnya menjadi pendidik itu indah.kamu bangga bila anak murid kamu berjaya.kamu gembira bila anak murid kamu faham.kamu terharu bila anak murid kamu tidak lupa.

apetah lagi tahun 2009 ni aku diminta ajar subjek yang penting.menjadi HOP untuk pendidikan moral dan dilantik menjadi guru kelas.mungkin tidak sehebat mana bagi kalian.tapi kepercayaan mereka itu yang membuatkan aku bangga.terharu.takut.harapan aku agar aku mampu lakukannya.doakan aku.

sekian.