Thursday, January 1, 2009

cekgu itu aku...

cikgu.sungguh tidak pernah menjadi cita cita aku.dari dulu.kalau ada pun mungkin semasa bersekolah rendah.itu pun ikut kawan kawan.kerana tiada cita cita yang tepat pada masa itu.

kalau ditanya sekarang kenapa cikgu yang aku pilih.biasanya 2 jawapan yang aku beri.ibu dan abang.jawapan yang ke-3 tak pernah aku kabar kan.aku jadi cikgu sebab dia.yang menginginkan teman dari kalangan cikgu.tapi itu dulu.sekarang apa aku peduli.dia tidak wujud lagi dalam hati aku.kalau ada cuma kenangan.yang kalau boleh ingin segera dihapuskan.

ibu.sudah lama kepinginkan aku menjadi pendidik.

abang.pada ketika itu akan melangsungkan perkahwinan.di mana menuntut aku untuk bercuti panjang.dengan pekerjaan aku pada waktu itu, tidak perlu 3 hari, satu hari cuti pun, belum tentu dapat.dengan nekad, aku cuba mencari pekerjaan.masa itu baru terlintas, kalau dapat, biarlah cikgu.banyak cuti.abang pun dikahwinkan ketika cuti sekolah.

kebetulan teman beritahu ada kekosongan di tempat kerja nya.sekolah.aku mencuba nasib.hantar resume.selang tidak berapa hari, dipanggil untuk ditemuduga. dia bertanya "kenapa mahu jadi cikgu" jawabku "sebab minat".sumpah.aku tipu masa itu.jawapan itu untuk aku mendapat pekerjaan. dia tanya lagi.."yakin?"...balasku.."beri saya peluang, saya tahu saya mampu buat".haha.jawab dengan penuh yakin hingga meyakinkan dia untuk menerima aku.walhal sebenarnya.dalam hati.tidak ada rasa yakin yang wujud.yang cuma ada "silap ajar jadi hantu la anak murid aku nanti".aku diterima pada tika itu juga.alhamdulillah

ku khabarkan pada ibu.ibu gembira.aku?.gembira juga.bukan kerana dapat jadi cikgu.tapi kerana tempat kerja baru ku cuma tak sampai 15 minit dari rumah.*senyum*.

di situlah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang cikgu.bukan senang.tapi tidaklah susah juga.kalau pandai kawal.semua jadi bisa.

*dipendekkan cerita.kalau dipanjangkan.esok pun belum tentu habis.*

setelah hampir setahun.aku suka pekerjaan aku.aku suka aku sebagai cikgu.bukan kerana banyaknya cuti...(sepertimana orang selalu kata)...tapi kerana pekerjaan itu sendiri.tanya lah sesiapa saja yang bergelar cikgu.yang meletakkan hati mereka pada pekerjaan mereka.

sesungguhnya menjadi pendidik itu indah.kamu bangga bila anak murid kamu berjaya.kamu gembira bila anak murid kamu faham.kamu terharu bila anak murid kamu tidak lupa.

apetah lagi tahun 2009 ni aku diminta ajar subjek yang penting.menjadi HOP untuk pendidikan moral dan dilantik menjadi guru kelas.mungkin tidak sehebat mana bagi kalian.tapi kepercayaan mereka itu yang membuatkan aku bangga.terharu.takut.harapan aku agar aku mampu lakukannya.doakan aku.

sekian.


No comments: