Saturday, March 21, 2009

banjir..



13032009.
hari akhir sekolah untuk penggal pertama.
dari awal pagi,macam macam dugaan yang datang.
dan tak sangka dugaan yang besar untuk aku,penduduk ulu langat dan juga students kesayangan.

dari awal pagi hujan tak henti.
di sekolah.semua terlalu excited untuk bercuti.
cikgu dan anak murid sama gembira.
termasuklah aku.

tengahari dapat call dari ayu.menangis.
katanya umahnya dilanda banjir.
kesian dia.
aku konfem.utk kesekian kalinya.air dam dilepaskan.
banjir pasti akan berlaku secara berperingkat.
kami penduduk ulu langat dah masak dengan keadaan ni.

banjir dengan kami dah sinonim.
26 tahun.aku dah lali.
tapi aku tak penah lagi jd mangsa banjir.

lewat petang.masa untuk kami pulang.
tinggal 15 minit.
semua cikgu dapat memo.
kami disuruh masuk ke kelas masing masing.
banjir berlaku di sungai serai.kesian.

kami tunggu di sekolah bersama murid.
jam 6,aku pulang bersama kak hasni.
keadaan jalan memang sangat teruk.
kesian mereka.

abg pulang bawa berita.
rumak makcik aku juga kena.
rumah sepupu aku juga kena.
ramai kenalan aku yang jadi mangsa banjir.
kesian mereka.

sehari kemudian.baru aku dpt berita.
paling akhir budak pulang dari skeolah jam 10 malam.
kesian.macam mana la anak anak aku agaknya?
aku pula yang pulang awal dr mereka.

seperti tajuk berita dia TV3.

BANJIR TERBURUK DI HULU LANGAT SELEPAS 15 TAHUN.