
dia bukan anak.
dia bukan anak buah.
dia juga bukan sepupu.
dia cuma anak jiran yang dijaga emak.
tapi saya sayang dia...sangat.
walau dia punya kekurangan.

dia peneman hari hari.
tiap kali pulang dari kerja, pasti dia yang akan dicari dulu oleh "kami"
"kami" ----> saye, alang, ayah, adik,abang mahupun achik.
cerdik..pintar..boleh diajak bercerita...pandai ambil hati..
walau nakal mana pun dia, tak mampu buat saye marah.
kalau sedang tension, cari dia, tension terus hilang.
dia budak yang berdikari.
mahu pakai baju sendiri.
makan sendiri.
mandi sendiri.
smua mahu dibuat sendiri.
kalau lama tak jumpa, pasti kami rindu.
dia tahu kami sayang dia.
sebab tu dia manja.
kalau orang lihat, pasti ingat dia juga keluarga kandung kami.
saya sayang dia...sangat!!!