Tuesday, February 24, 2009

kalau...

kalaulah kita boleh buat apa yang kita suka...
kalaulah kita boleh dapat apa yang kita nak...
kalaulah yang kita rancang jadi kenyataan...
bahagianya hidup...

tapi..
semua pun tau...
selagi berpegang pada ketentuanNYA...
kita tahu hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat kita..

seorang teman berpesan..msg diterima masa hati sedang gundah satu tika dulu...

"dalam kita melangkah,kadang2 diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga terduduk dan menangis.peritnya terasa.tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah langkah yang tersasar dari keikhlasan"

tersentak.
tersedar.
mungkin benar.
aku yang sering hampir melupakanNYA ketika diri dalam bahagia.
lupa segalanya yang DIA adalah penentu.

kasih,sayang & cinta..

kasih.
sayang.
cinta.

3 perkara yang memberikan maksud yang hampir sama kalau ikut kamus.
lain orang akan memberikan tafsiran yang berbeza.

aku?
kasih.mudah diungkapkan.
sayang.mudah untuk diluahkan.
cinta.nilainya terlalu tinggi.

cinta.
pernah sekali diluahkan pada seseorang.
dalam keadaan yang tidak merelakan.
selepas tu.tak pernah lagi.

cinta.mahal.bernilai.
bukan untuk diberikan kepada sebarang orang.
melainkan kepada si suami.