Thursday, February 26, 2009

13 tahun yang dulu

tahun 2009.
aku 26 tahun.
teringat 13 tahun yang dulu.
berumur 13 tahun.
baru ingin kenal alam menengah.

seronok masa dulu.
bila imbas kembali.rasa ingin pulang ke zaman itu.
tak banyak masalah yang hendak difikirkan.
paling besar masalah.exam.
tapi dulu.aku dah mengerti apa itu susah.
kerana keluarga aku bukan dari kalangan yang senang.
pengalaman mematang kan kita.

tingkatan 1 hingga 5.sekolah yang sama.
dulu sekolah. sekarang pun sekolah.
cuma yang beza.
dulu aku murid.sekarang aku cikgu.

bila dah jadi cikgu.aku mula faham cikgu aku dulu.
aku marah bila student tidur dalam kelas.
aku dulu.
masuk kelas.tidur.
rehat bangun.
tidur balik.sampai loceng tamat sekolah.
tapi bukan semua subjek.
math.tdo.sbb kalau cikgu tanya soalan tiba2 pun.sure dapat jawab.
cikgu tak tau nak marah macam mana.
akaun.tdo.sbb masa tu aku A1 dalam akaun.kalah budak cina.
fizik.tdo.bukan sbb terer.tp aku benci fizik.
kimia.tdo.aku benci kimia.
add math.mata aku bukak jelas.sbb cekgu garang gila.

skrg.budak tdo.aku sergah.
pukul meja.marah.
padan muka aku sekarang.baru tau macam mana cikgu aku dulu.

tapi satu benda.
apa yang cikgu aku buat dulu.
aku praktikkan sekarang.memang jadi.
kalau budak tak boleh handle dengan marah.
cuba cara baik.puji.puji dan puji.
kalau tak boleh jugak.
anta je jumpa guru besar.huhu.

No comments: