Tuesday, May 18, 2010

atuk

16 mei 2010. hari guru  untuk aku. hari tu juga la satu2nya atuk yang aku ada pergi mengadap Illahi. atuk ialah ayah kepada ayah aku. mengikut kata ambo, atok meninggal tepat jam 11 malam. masa tu aku baru sudah gosok baju untuk pergi kerja esoknya. atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja ambo sudah baca ayat terakhir surah yasin. ajal atuk dah sampai. atuk meninggal atas sebab sakit tua. innalillah.

selama 27 tahun aku hidup, seingat aku, aku tak pernah ada  memori terindah bersama atuk. tak macam nenek. setiap kali teringat nenek, aku sebak. arwah atuk tak pernah ingat nama aku. setiap kali aku salam atuk, mesti atuk tanya "wak ang anak sapo?"..setiap kali tu jugak aku jawab "anak Umar". tapi atuk ingat abang. sbb abang anak sulung. aku tak penah bagitau atuk sapa nama aku. sbb aku tau atuk takkan ingat.

tapi sekarang atuk dah takde. perginya dia menandakan yang kitorang adik beradik dah takde atuk dan nenek lagi. semua dah pergi mengadap Illahi. semoga roh atuks dan neneks aku dicucuri rahmat.

arwah atuk pergi dengan wajah yang sangat tenang setelah 3 bulan dia terlantar sakit atas katil. last masa aku cium dia, rasa dahi dia sejuk sgt. muka dia seolah olah dia tido. ayah bersama2 dengan arwah atuk dr mula sampai akhir. wajah ayah tenang. masa arwah nenek pergi dulu, adik2 aku ckp muka ayah memang nampak sgt kehilangan. aku tau ayah dengan atuk ada bnyk kisah.

aku haraap arwah atuk tenang di alam yag baru. sebagai cucu, aku tetap sayangkan atuk aku. cuma aku lebih sayangkan nenek aku.

No comments: